Sunday, February 22, 2009

hiKaYat 4 gEmilaNg(2007)

Silalah layan warkah yang dititipkan khas buat sahabat2 yang prnah menghuni 4 gemilang 07..


Tersebutlah kisah yang dikisahkan oleh seorang penglipurlara yang sedang berduka lara akibat disekeh oleh seorang anak dara yang ahcunnnyaa..

Dikisahkan tersebutlah sebuah kerajaan tungging terbalik yakni diberi namanya kerajaan 4 Jembalang.Hatta disebabkan nama yang mempunyai unsur 18SG maka ditukarkan nama tersebut kepada nama yang lebih mesra pengguna yakni 4 Gemilang.Dipercayai kerajaan tersebut wujud selepas lingkupnya kerajaan Mahapahit.Adapun kerajaan tersebut wujud pada zaman yang agak kuno dan terletak di lokasi yang agak hulubanat dipercayai rakyatnya amatlah canggih manggih bak baju sekolah Canggih.Hatta diriwayatkan kerajaan terbabit diperintah oleh maharaja Ahmad Hanizar yang terkenal dengan kemachoannya dan kesportingan yang selambe ya ya..(bodekan tahap maksima nih..)

Mamanda menterinya pula,setelah dipersetujui oleh sekalian rakyat jelita dalam majlis syura untuk melantik tuan hamba Dorafi..lampu ajaib..!!Jangan marah aa Rafi.Sungguhpun mamanda menteri Rafi gemar membuat tarikh(date) didalam negerinya,namun tanggungjawab tak pernah dilupakan(cuma terlupa jer).Maka Timbalan Menterinya pula telah disandang oleh Dang Fifi dengan undian sms,menang majoriti mengalahkan makhluk-makhluk lain dek wajah kiutnya.Adapun Dang Fifi sungguh tangkas menjalankan perintah setangkas lariannya di trek.Arkian dihikayatkan member kamcingnya sekamcing kambing dengan kucing,Nabila(ingatlah wahai manushia..)amatlah bersopan-santun bak perempuan Melayu terakhir.Adapun dua sahabat baik yang sangat baik parasnya ini amat gemar merejam bola sehingga menjadi pemain negeri mareka.Hatta dua kembar siam yang bercantum dari atas meja sehingga kaki meja datang mengadap Sultan Ahmad Hanizar.Titah Sultan "mengapakah tuan hamba berdua lambat mengadap beta?".Maka jawab mereka; "Ampun patik tuanku,patik pergi menyerahkan buku Kimia kepada tuan guru patik tuanku".Adapun kembar siam tersebut,Sharifah@Pah dan Syifa amat gemar beramah mesra sesama sendiri sehingga meletus ketawa bak ekzos moto kuatnya.Maka seringlah mereka di boo panjang oleh sekalian rakyat di darat dan dilautan.Syahdan terpacullah dua makhluk yang bak cipsmore adanya. "Jom kite main nyorok-nyorok."Itulah hobi awang Mat Jun dan awang Tenenet(rama-rama cantik ikan keli panjang..).Ada haruman 'kasturi' yang mengiringi mereka tatkala melangkah penuh gaya ke dalam negeri.Karakian kerana kemerduan suaranya maka dilantik Awang Tenenet menjadi penghibur Sultan serta sekalian rakyat jelita.Hatta menjelmalah bendahara pemungut cukai yang asyik mintak dinar sahaja kejenye,Tun Sri Nara Madihah dengan lirikan bermakna.Adapun bendahara pemungut cukai sering mendampingi puteri-puteri kayangan yang sunyi sepi adanya di dalam kerajaan tersebut.Dayang Diana yang paling rapat dengan mamanda menteri dan sering dilihat mereka berkasih sayang di dalam negeri tidak sesenyap dayang Idah yang menceburi sukan baling bom dalam jaring.Hatta disebabkan karier yang diceburi,dayang Idah sering memoodykan diri untuk mendapat feel brutal tatkala berjuang..baru tak kena buli musuh..Dayang Ckeen yang paling sunyi dari mendengar suaranya..Mana taknya,orangnya kuat temenung sampai sakit perut adanya..Tapi dari pemerhatian pengawal istana dayang ini gemar ketawa tapi tak sekuat makhluk tu..

"Getaran jiwaa..melanda hatikuww.."tetiba terdengar sayup2 suara P.Ramlee celup mendendangkan irama getaran jiwa.Leman Selamat, tersengeh menayang deretan giginya yg putih shining bak mutiara tatkala rakyat-rakyat yang lain mengonsentret kpdnya.Maka Leman Selamat bersama si pengkarya yang menakjubkan tetapi cenge bak Nyonya Mansor,Tun Akmal merebahkan kpla keatas meja bercanda dgn mimpi indah walau disaat tokguru melemparkan jelingan tajam kepada mereka..Muncul pula saudagar tembaga dari negeri mattakecik ,nakhoda Farid yang berniaga tembaga yang berkilat-kilat adanya.Oleh sebab itu,seringlah terpacul perkataan shining dan jangan pandang belakang untuk mengelakkan ra'yat kerajaan tersebut buta dan berkedipan menahan kilauan tembaganya.Adapun seorang ra'yat yang terlampau lemah lembut tertarik hati dengan tembaga pedagang tersebut. "Wuoii.!"Dengan penuh kompidennya tuan puteri Alah menjerit.Gerangan minatnya yang mendalam terhadap tembaga yang shining itu terlekatlah nama shining kepadanya.Tanpa disangka tindakannya menjerit bagi mandapatkan tembaga mengundang kritikan beberapa makhluk lain yang tak puas hati nampaknya.Hulubalang puteri Saadiah,hulubalang Iqbal yang paling terkenal dengan sikapnya yang sering tak puas hati dengan tuan puteri tersebut meraban seorangan.Adapun hulubalang tersebut memang tak puas hati dengan semua makhluk.Kuat berleter juga orang tua tersebut..Tanpa disedari hadir seorang imigran dari negeri seberang yang datang membawa simen di tangannya.Seringlah makhluk bersimen tersebut diushar dan terserlah bakat berselokanya serta mampu membuatkan seisi kerajaan bergulingan mendengar seloka Sang Mizi.Keriangan ra'yat kerajaan tersebut di selang selikan dengan pelbagai pilihan lagu ra'yat yang di sembahkan oleh Hang Naqiu(stedi ahh) ibarat radio buruk yang tidak punya suis penutup..
Kadangkala suara Hang Naqiu mendatangkan kemurkaan kepada dua pahlawan sesat yang agak blues clues otak mereka yakni di namakan laksamana Lan dan laksamana Izhar.Laksamana Izhar amat mementingkan bau badan sehingga memakai tiga gelen minyak wangi sehari yang diimport khas dari Kampuchea. Laksamana Lan yang kering kontang dan tinggi melalang orangnya mempunyai kebolehan berkata-kata hikmat.Maka seringlah kata-kata tersebut menghiburkan Dang Balqis yang sungguh nyaring suaranya.Tabiat ketawa dang Balqis semakin menjadi apabila disakat oleh partnernya yang kuat merepek dan meloyar buruk yakni tun Meelia diberi nama.Arkian Hang Azim,petani berjaya,terlari-lari menuju ke tempat pelaburan paling popular bagi ra'yat lelaki seantero alam Dato' Onn.Sekembalinya Hang Azim dari tempat pelaburannya,dilihat seorang puteri kayangan yang putih melepak sedang terlompat macam buang tebiat adanya.Tuan Puteri Fatheen(iearghh..) merupakan cicit Hang Li Pow kegirangan menyambut Tun Elli yang kembali setelah menghilangkan diri bertapa di dalam hutan rimba bara.Hatta dang Liana masih lagi berkejaran dan bersepakan dengan awang Tenenet.Tidak tersedar akan kepulangan otainya...Sebaik melihat Tun Elli,dang Liana yang mempunyai perangai tebiat memeluk orang segera menerkam Tun Elli yang kebengongan diperlakukan sedemikian. Arkian gelagat seluruh isi kerajaan tersebut diusha oleh Sang Safwan dengan penuh khusyu'nya tanpa disedari oleh seurat makhluk pun.Hatta tindak-tanduknya pula dititip kemas ke dalam hikayat 4 Gemilang.Setel...

mAri bEr-karOK

sebentar td,,
slps menjamah nsik beberapa butir,,tv dibuka..
ada tayangan semula filem rock..
pertama kali(selepas apa yg terjadi,sob sob) kurasakan aku ketawa,,ketawa yang benar..lawaknya biasa..namun bila lagu dari sinar mata-bpr berkumandang
kenangan kala f3 menjelma..thn pmr 2..hmm memori terhadap thn itu memang indah..thn itu,,aku memang tgh gila lagu2 rock kapak.almaklum,,sekelas dgn budak2 yg tetiap hari melalak lagu rock.Antara lagu yang memang meniti di bibir waktu 2;
dari sinar mata-bumiputera rockers
tiara-kriss(lagu nie aku yang minat)
kain cinta putih-putra(lgu fevret Puteyh)
guurnya bunga cinta-laksamana
seribu tahun takkan mungkin-bumiputra rockers
tiada lagi kidungmu-lefthanded

lagu2 rock cintan nie evergreen..
sentiasa kita akn igt lagu nie walau dah memutih kepala 40 50 thn akn datang..
sebab setiap lagu tersimpan kisah2 yang tersendiri..
bila mendengar lagu2 nie,,serta merta memori indah waktu dolu2 akn menjelma..
tanya laa pada sapa2 yang pernah dilanda mabuk lagu cintan,,pasti mereka akn teringat sesuatu peristiwa kala mendengar lagu neh
heh,,,xcited benar aku menulis,,ayt pown tungging terbalik..pandai2 la korang 'load' msuk lam pala otak..huhu..

apa2 pown,,aku menulis kerana terdorong oleh rasa rindu terhadap masa lalu(dan juga kerana diminta oleh cik lena..huhu dont be angry lena,,hehehuuuu..)
diharapkan sahbat2 yang aku sayangi tak melupai antara satu sama lain,,
kerana perasaan hilang seorang sahabat itu amat perit..

wahai member2,,wa sayang sama lu suma!!!
skian,,adios asbestos...

Saturday, February 14, 2009

terAkhir...





Ini saat terakhir kami bersama arwah..


Sebelum keadaannya menjadi lebih parah,arwah sempat keluar meraikan bufday fatheen kat pcfc.tak banyak yang dapat kami lakukan namun ketawa riang sentiasa kedengaran dari awal pertemuan hingaa saat berpisah pada hari itu.jauh di sudut ht aku mmg puas hati dpt mlihat arwah gembira pd hr itu walaupun badannya semakin susut.


cuma aku terkilan kerana terpaksa meninggalkan arwah balik sendirian.mmg selfish.ya! aku menyesal.namun semuanya sudah berlalu..

kenangan bersama arwah saat aku dan arwah bersama akn tersimpan kemas dlm ht smpy tiba msnya aku juga akn kembali kpd Penciptaku.

Thursday, February 12, 2009

perginya seorang teman.....


al-Fatihah kepada siti nur balqis yang telah pergi meninggalkan kita terutamanya kami semua buat selama-lamanya...

tiada lagi ketawa riangnya...

tiada lagi usikan manjanya...

leukimia telah meragut nyawanya...

hanya kenangan yang ada...

meninggal dunia pada malam jumaat.. malam yang mmbawa berkat..

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

semoga senang perjalanannya di alam barzakh... amin...

sama-samalah kita berdoa kepadanya..

sedekahkan al-fatihah buatnya...


selamat tinggal sahabatku.....

bersemadilah dikau dengan aman...

Wednesday, February 11, 2009

belasUngkawa...


12/2/2009..innalillah...


sahabat yang disayangi,,siti nurbalqis bt mohd. yusoff kembali ke rahmatullah


semoga roh arwah dicucuri rahmat..


al fatihah.......
selepas habis..terkenang saat aku dan arwah cuba menulis lirik andai kutahu-ungu yang mmg tgh famous wktu itu..terbayang arwah menyanyikan tiap bait2 lagu tersebut..aku pula membetulkan 2 3 patah lirik yng kedengaran salah..msg2 ketawa..saat ini kenangan itu benar2 meruntun..
andai ku tahu kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu kapan tiba masaku
ku akn memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat pada-Mu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padamu